Selamat datang ke laman web Kursus Masakan Jepun oleh Chef Nabil. Kursus ini hanya menggunakan bahan- bahan yang HALAL sahaja bagi membolehkan saudara saudari yang beragama Islam mengikuti kursus ini.
Jepun merupakan sebuah negara yang mempunyai adat resam yang tinggi dan juga terkenal dengan rakyatnya yang sangat berdisiplin. Ini dapat dilihat di dalam cara mereka menyediakan masakan mereka juga. Sebagai contoh, sushi. Pembuatan sushi sangat memerlukan konsentrasi yang tinggi bagi menghasilkan sushi yang sangat menarik dan sudah tentunya sedap. Sudah pasti ada antara saudara dan juga saudari yang ingin belajar masakan Jepun tetapi seperti yang kita ketahui amat sukar mencari kelas masakan Jepun. Antara kelebihan masakan Jepun,
* Suri Rumah – Dapat memberi kepelbagaian dalam masakan kepada ahli keluarganya. Kerana masakan Jepun tidaklah memerlukan kos yang tinggi untuk disediakan. Disamping itu dapat menambat hati suami dengan masakan yang sangat menarik.
* Remaja - Pasaran makanan Jepun di Malaysia sangat luas. Kemahiran membuat makanan Jepun pastinya dapat memberi peluang perniagaan yang baik dan seterusnya dapat dikomersilkan dengan membuka restoran khas makanan Jepun oleh orang Malaysia!
Terdapat banyak lagi kelebihan mempelajari seni masakan Jepun. Ambillah peluang ini, dan sertai Kursus Masakan Jepun oleh Chef Nabil. Kursus seterusnya akan diumumkan seperti dalam jadual di bawah.
| Tarikh | Kursus | Tempat |
|
23 JULAI 2011 |
Kursus Masakan Jepun Tahap 1 | Studio Masakan di Restoran Rebung (Chef Ismail) |





