Profil Chef

Saya, Chef Nabil atau nama sebenarnya Mohd Nabil B. Md Salleh dilahirkan di Hospital Besar Alor Setar, Kedah. Bersekolah rendah di Sekolah Rendah Haji Hassan Itam, dan kemudiannya di Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Abdul Aziz. Selepas itu melanjutkan pelajaran pula di IPT tempatan.

Memulakan kerjaya sebagai seorang Chef pada tahun 2004 selepas tamat pengajian dengan bekerja di Hotel Equatorial Melaka, Hotel JW Marriott Kuala Lumpur dan seterusnya di Hotel Nikko Kuala Lumpur (dikenali sebagai Hotel Intercontinental sekarang). Selain bekerja sebagai seorang chef, saya juga mempunyai perniagaan makanan sendiri dan juga dilantik sebagai konsultan untuk sebuah restoran makanan francais terkemuka iaitu Nasi Ayam Gemas.

Berpengalaman dalam menyediakan lebih 30 jenis masakan Jepun diantaranya Maki Sushi, Temaki, Nigiri Sushi dan Soba.

Pengalaman dalam bidang masakan hotel juga telah memberi kejayaan pada saya apabila memenangi pertandingan peringkat antarangsa diantaranya Battle Of The Chef dan juga FHM.
Seperti yang kita ketahui, makanan Jepun banyak mengandungi bahan yang tidak HALAL sperti sake dan sebagainya. Atas kesedaran ini, saya mengambil inisiatif menganjurkan satu kursus bagaimana memasak makanan Jepun yang HALAL. Saya berharap usaha saya ini mendapat keberkatan Allah dan mendapat sokongan dari saudara dan saudari yang seagama dengan saya.
Terima kasih,

Comments are closed.